Sarawak komited perkukuh pendidikan Islam dengan penubuhan sekolah antarabangsa

KOTA SAMARAHAN – Kerajaan Sarawak memperkukuhkan komitmennya terhadap pendidikan Islam dengan meluluskan peruntukan RM95 juta untuk penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asrama dan telah mendapat persetujuan penuh daripada barisan pemimpin negeri, termasuk yang bukan beragama Islam.

“Kita ingin melahirkan generasi tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi juga mampu menguasai bidang sains, menjadikan mereka individu yang seimbang,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTMQ) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Dewan Suarah Samarahan malam tadi.

Jelas Abang Johari, sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa pendidikan Islam, Sarawak juga telah menubuhkan Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana. Pusat ini berfungsi untuk memperluas pemahaman terhadap ayat-ayat suci al-Quran serta mengupas impaknya terhadap tamadun Islam dan masyarakat setempat.

Sementara itu, MTMQ 2025, bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’, berlangsung dari 24 hingga 27 Februari dengan penyertaan 45 peserta dari seluruh bahagian.

Acara tahunan yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini bertujuan menyemarakkan semangat cinta terhadap al-Quran dan melahirkan lebih ramai Qari, Qariah, Hafiz, dan Hafizah yang berkaliber.

Selain pertandingan Tilawah dan Hafazan, program ini turut disemarakkan dengan pelbagai acara seperti Forum Hal Ehwal Islam Sarawak (FORHEIS), Bengkel Intensif Peserta MTMQ, Perkampungan Al-Quran Darul Hana, Program Jom Tukar Al-Quran Baharu dan banyak lagi.

Majlis penutupan MTMQ 2025 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada 27 Februari.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung