Samsuri bakal berundur, profesional dalam Pas semakin ditolak?

MEMETIK kenyataan Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyatakan kemungkinan beliau tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan Pas September ini mengundang pelbagai spekulasi dan juga tanda tanya.

Samsuri yang dicanang-canang sebagai ikon golongan profesional dalam Pas merupakan satu sosok yang ditampilkan oleh parti itu bagi menunjukkan Pas tidak terdiri hanya daripada golongan agamawan.

Namun begitu perkara menarik yang kita boleh lihat, Samsuri tidak memegang apa-apa jawatan di akar umbi baik di Pas cawangan ataupun kawasan.

Fakta juga menunjukkan bahawa majoriti Yang Dipertua Pas kawasan datang daripada golongan agamawan, dan golongan profesional tidak banyak memegang jawatan utama di kawasan.

Persoalannya adakah Pas meraikan golongan profesional di dalam parti mereka? Walaupun tidak dinafikan penyokong Pas juga ramai daripada golongan profesional tetapi sejauh mana Pas selaku parti yang sering mendabik dada sebagai parti gerakan Islam memberi ruang yang mencukupi kepada penyokong mereka daripada golongan profesional untuk bergiat aktif dan memegang jawatan penting di akar umbi?

Pemimpin gerakan Islam Ikhwanul Muslimin juga terdiri daripada golongan profesional bahkan majoriti mursyid am mereka adalah golongan profesional.

Keputusan Samsuri ini dilihat sebagai reaksi kepada tindakan halus golongan konservatif yang ingin mengukuhkan kuasa mereka di dalam kepimpinan parti dan menyingkirkan golongan profesional walaupun daripada kalangan penyokong mereka sendiri.

Jadi di manakah penghargaan sokongan penyokong Pas daripada golongan profesional? Segala pengalaman dan kemahiran golongan profesional disejukbekukan atas nama wala’ pada kepimpinan sedangkan Ikhwanul Muslimin yang sering dibanggakan oleh Pas sebagai sumber rujukan dan ikon mereka dalam gerakan Islam sangat meraikan bakat kepimpinan secara seimbang baik daripada agamawan ataupun profesional.

Pas ini parti gerakan Islam atau parti lebai kampung ala-ala Mullah Iran?

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM