Polis siasat kereta dipandu melulu hingga kemalangan di Genting

POLIS membuka kertas siasatan susulan video tular di media sosial berhubung kejadian sebuah kereta dipandu lelaki secara melulu sebelum terbabas di Genting Highlands dekat Bentong, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta berusia 27 tahun itu sudah membuat laporan polis pada 11.05 pagi semalam di Balai Polis Goh Tong Jaya.

Beliau berkata, lelaki itu memaklumkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di kilometer (KM) 14.7 ketika menghala naik ke Genting Highlands.

Katanya, turut tular satu video berdurasi 12 saat di Tiktok menunjukkan kereta itu dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Tindakan pemandu berkenaan adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sudah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Zaiham berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Polis Bentong juga akan mengambil tindakan tegas serta akan mengadakan operasi secara berterusan bagi memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit