Amanah Perak beri laluan kepada BN di Ayer Kuning

PARTI Amanah Perak memberi laluan kepada BN untuk meletakkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keputusan itu sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi dan isyarat jelas kepada rakyat bahawa kestabilan politik menerusi Kerajaan Perpaduan perlu dipelihara.

Jelasnya, Amanah Perak juga telah memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan kemenangan calon yang bakal dinamakan BN, sekali gus mengukuhkan kerjasama dan semangat perpaduan antara BN dan PH di Perak.

“Dalam Mesyuarat Pengurusan Amanah Perak yang diadakan semalam telah mengarahkan sayap parti, Angkatan Wanita Amanah, Pemuda dan Wanita Muda Amanah membuat perbincangan rasmi bersama BN.

“Ini perlu dilakukan untuk menyusun strategi menyasarkan pengundi muda dan wanita sebagai kumpulan sasar bagi meraih undi dalam PRK ini nanti,” katanya melalui satu kenyataan.

Asmuni berkata, hubungan baik di antara BN dan PH perlu diperkukuh demi memastikan perancangan dan dasar yang sedang dilaksanakan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat, dapat diteruskan.

Tegasnya, Amanah Perak juga yakin bahawa Kerajaan Perpaduan di negeri Perak boleh menjadi model terbaik dalam mempamerkan keutuhan kerjasama BN-PH serta manfaat diperoleh rakyat menerusi dasar dan polisi yang dilaksanakan.

Related Posts

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

BELUM reda kemelut pemilihan Menteri Besar, politik Negeri Sembilan kini sedang bergolak susulan syor kerajaan negeri mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi membantu pentadbiran. Penganalisa politik, Omar Mat Noor menyifatkan perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan pentadbiran Kerajaan MADANI kekal kukuh dan mampu menamatkan penggal penuh, sekali gus menolak cadangan supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan