ATM perkukuh semangat patriotik, kesedaran keselamatan penduduk Pantai Timur Sabah

SEMPORNA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited dalam usaha memperkukuh semangat patriotik dan kesedaran keselamatan dalam kalangan penduduk di Pantai Timur Sabah termasuk murid sekolah menerusi program kenegaraan.

Komandan Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Kolonel Maszuraidy Masduki berkata, pelaksanaan program itu bagi memastikan penduduk di kawasan persempadanan maritim negara yang berada jauh daripada bandar turut mendapat peluang yang sama dalam program-program anjuran
jabatan kerajaan.

Beliau berkata, ATM sentiasa berusaha memastikan keamanan terpelihara terutama faktor kedudukannya yang berdekatan dengan negara jiran.

“Cabaran seperti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing secara haram perlu ditangani dengan kerjasama antara ATM dan rakyat.

“Selain mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan, ATM juga terlibat dalam misi kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana alam,” katanya ketika berucap menerusi program Kenegaraan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sulabayan, pada Khamis.

Jelas Maszuraidy, keamanan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu.

Justeru, beliau menggalakkan murid-murid untuk mempelajari sejarah negara agar lebih menghargai kemerdekaan dan kedaulatan tanah air.

Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.

“Sikap hormat-menghormati, bertanggungjawab dan tolong-menolong adalah asas kepada keharmonian masyarakat.

“Dengan mengelakkan pergaduhan dan mengamalkan toleransi, kita dapat memastikan negara terus aman,” tambahnya.

Seramai 20 pegawai dan anggota lain-lain pangkat ATM bersama 200 penduduk menjayakan program itu dengan pelbagai pengisian menarik seperti pemasangan bendera Malaysia di sekitar kawasan tumpuan orang ramai, perumahan serta sekolah, tayangan filem kenegaraan dan pertandingan kuiz warisan negara.

Program itu juga memberi peluang kepada murid-murid mengenali ATM dengan lebih dekat berkaitan tugas dan peranan anggota tentera dalam mempertahankan negara.

Related Posts

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari penyelesaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar