Turun padang, MBI beri teguran premis gagal patuhi arahan

IPOH – Majlis Bandaran Ipoh (MBI) mengingatkan serta memberi teguran lisan kepada pengusaha restoran khususnya di bandar ini agar mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MBI, tindakan tersebut dilaksanakan ketika Operasi Pemeriksaan Premis Makanan yang dijalankan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Persekitaran (UKKM MBI) di sekitar kawasan Botani dan Bandar Siber, di sini.

Jelasnya, sebanyak lima buah premis restoran telah diperiksa dan diberikan penggredan bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBI) 2017, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Objektif utama operasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan persekitaran premis makanan terutama restoran dalam memastikan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan terjamin.

“Selain itu, kebersihan diri pengendali makanan juga di pantau dalam operasi ini termasuk pemeriksaan rekod suntikan anti-tifoid dan Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM),”katanya.

Tambah MBI, modus operandi operasi tersebut turut menumpukan kepada aspek 3E iaitu Engagement (ke terlibatan), Education (pendidikan) dan Enforcement (penguatkuasaan) terhadap pematuhan syarat-syarat pelesenan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBI) 2017.

Pemeriksaan kebersihan dan penarafan bintang tandas di setiap premis restoran turut dilaksanakan.

“Kesemua premis terlibat diberi penarafan 4 bintang dan ke atas.

“Dua daripada lima premis diperiksa telah mematuhi syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan manakala tiga lagi premis gagal mematuhi surat amaran yang telah dikeluarkan pada pemeriksaan sebelumnya.

“Terdapat beberapa kesalahan yang dikenal pasti seperti kegagalan pengusaha restoran memasang dan menyelenggara perangkap minyak bagi mengelakkan pencemaran sistem perparitan, suntikan anti-tifoid tamat tempoh dan pengendali makanan tidak mempunyai SLPM.

“Ada juga pengusaha gagal menjalankan aktiviti kawalan serangga perosam dengan berkesan,” ujar kenyataan itu.

Sehubungan itu, amaran dan teguran lisan telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha restoran yang diperiksa supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Lantaran itu, MBI menyeru supaya masyarakat, khususnya pengusaha restoran sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan premis perniagaan milik mereka.

Ini kerana, keprihatinan amat penting dalam menjamin kebersihan dan keselamatan makanan yang disajikan, selaras dengan keperluan standard pematuhan yang ditetapkan.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar