Pelaburan industri aeroangkasa Terengganu, ‘game changer’ ekonomi atau ‘scam’ terbaharu politik?

BARU-BARU ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan satu pelaburan baru dalam bidang aeroangkasa akan dibawa ke Terengganu.

Maka gegak-gempitalah penyokong yang dikatakan bakal PM11 ini memuji kebijaksanaan Menteri Besar Terengganu ini,disebut-sebut ini adalah ‘game changer’ buat ekonomi negeri Terengganu.

Yang menarik warga netizen mula mengeluarkan pelbagai persoalan termasuk status syarikat yang diberi kontrak oleh kerajaan Terengganu.

Nama syarikat Putra Aerospace industri dicari gali warga netizen tentang statusnya, hasil pencarian netizen melalui ChatGPT, DeepSeek menyerlahkan kemungkinan besar status syarikat hanya bernilai RM2.

Penubuhan AirBorneo untuk pengambilalihan MasWing di Sarawak pun mengambil masa dua tahun rundingan dan juga persediaan, jadi macam mana syarikat yang tidak ada rekod prestasi tiba-tiba dapat kontrak besar kerajaan negeri? Ada unsur-unsur ‘nok tibang seng rakyat ke’ ikut dialek Terengganu.

Isu yang kedua Menteri Besar Terengganu berkata, projek ini adalah usahasama dengan kerajaan China, di mana ketakutan Pas pada komunis yang selalu mereka sebut sebelum ini?

Pas sebelum ini cukup suka menggunakan modal China komunis untuk memainkan sentimen kebencian kaum dan agama tetapi dalam hal ini boleh pula buat kerjasama dengan pihak China komunis.

Kepada Dr Samsuri, jujurlah pada rakyat, jujur pada status syarikat yang dilantik dan juga adakah alergik Pas pada komunis sudah hilang dengan projek aeroangkasa ini?

Bakal PM11 kena bersifat jujur kalau betul-betul hendak menyaingi PMX, kalau tidak hanya jadi setaraf tokong pujaan penyokong parti kuat fitnah tinggalnya.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan