Pempengaruh berpakaian seperti wanita: JAKIM ambil perhatian serius

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius isu tular mengenai lelaki Muslim berpakaian menyerupai wanita pada sebuah program hiburan yang berlangsung pada Ahad. 

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan berkata, perbuatan tersebut telah menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.

“Oleh itu, JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertanggungjawab mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Pihak JAKIM turut akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan,” katanya. 

Sehubungan itu, JAKIM menyeru dan menasihati semua pihak agar sentiasa peka, menghormati nilai-nilai serta sensitiviti agama di Malaysia. 

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan berharap agar perlakuan seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Sesungguhnya, Islam adalah agama rahmah dan menyantuni fitrah manusia yang menginginkan hiburan. Malah hiburan juga sebagai salah satu elemen yang membawa kepada kegembiraan, kesejahteraan dan memupuk nilai-nilai murni.

“Namun, perlu dibatasi dengan adab dalam berhibur agar tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial aksi beberapa orang pempengaruh media sosial lelaki yang memperagakan busana wanita pada sebuah acara program hiburan di ibu negara.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian ahli akademik, Dr Ahmad Sanusi Azmi yang turut berkongsi potongan hadis mengenai larangan bagi lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya.

“Mafhumnya: Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki,” (HR al-Bukhari).

“Mafhumnya: Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpenampilan dengan pakaian lelaki,” (HR Abu Daud)

“Dalam menangani isu ini, Rasulullah melarang segala perbuatan yang mezahirkan penampilan yang mengelirukan. Malah Rasulullah melaknat mereka yang berpakaian bercanggah dengan jantina asal mereka,” kongsinya.

Related Posts

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ. Bagaimanapun, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September