JPJ, Maxim anjur seminar keselamatan pemandu e-hailing

KUCHING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama syarikat e-hailing Maxim menganjurkan seminar keselamatan pemandu e-hailing.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir di Unit Keselamatan Jalan Raya JPJ Muhai Mohamed, keselamatan jalan raya merupakan isu kritikal yang memberi kesan kepada semua pengguna jalan raya.

“Sangat penting untuk memahami dan melaksanakan keselamatan di jalan raya,” kata Muhai.

Tambah Muhai, pemandu e-hailing menghabiskan kebanyakan masa di jalan raya dan perlu sedar akan kepentingan keselamatan jalan.

“Pendidikan yang betul bukan sahaja membantu dengan pengetahuan tetapi pendidikan keselamatan jalan raya dapat menyelamatkan nyawa,” jelas Muhai.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kuching Maxim Kenny Carlson mengucapkan penghargaan kepada pihak JPJ Kuching dan Institut Memandu We Goo atas kerjasama dalam menjayakan kempen keselamatan jalan raya.

“Kempen ini sangat penting meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan pemandu e-hailing,” ujar Kenny.

Pemandu Maxim, Faiz Kasim menyatakan seminar ini banyak memberi pembelajaran tentang cara menangani jika berlaku kecemasan atau kemalangan di jalan raya.

“Sesi ini membolehkan saya mempunyai hubungan yang kuat dengan orang dalam industri dan mereka memberi saya peluang untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain,” ujar Faiz lagi. 

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor