Kerajaan Sabah umum pembinaan tiga taman perindustrian baharu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengumumkan pembinaan tiga taman perindustrian baharu yang dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.

Menurut Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, keputusan ini diumumkan secara rasmi dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini setelah menerima pembentangan kertas konsep berkaitan projek tersebut.

“Taman Perindustrian pertama akan dibangunkan di Kudat dengan konsep Ekonomi Biru, selari dengan aspirasi Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri.

“Projek ini akan melibatkan kawasan seluas lebih 3,000 ekar, dengan 1,200 ekar diperuntukkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) untuk pembangunan fasa pertama.

“Taman ini bakal melibatkan komuniti setempat dalam ekosistem industri, dengan fokus utama kepada sektor perikanan dan makanan laut.

“Kemudahan infrastruktur seperti jeti pelabuhan akan turut dibangunkan bagi menyokong pelaburan dalam industri ini.

“Menurut sumber, beberapa pelabur telah menunjukkan minat untuk melabur di kawasan ini, selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa lebih banyak aktiviti perindustrian ke Kudat.

“Ini diharap dapat mengubah landskap ekonomi daerah tersebut yang dikenal pasti antara kawasan termiskin di Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penyewaan Tanah Sabah Trade Centre di antara Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dengan POIC Trading Sdn Bhd, di sini pada Rabu.

Tambahnya, Taman Perindustrian Bersepadu kedua akan dibangunkan di Kota Belud dengan keluasan dianggarkan 13,000 ekar.

“Projek ini bakal menggunakan konsep ‘Plug and Play’ bagi menyediakan infrastruktur lengkap seperti bekalan air dan elektrik bagi memudahkan pelabur.

“Pembangunan ini akan dikendalikan oleh Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam penyediaan kajian dan kerja-kerja lanjut.

“Selain itu, projek ini juga berpotensi menjadi hab tenaga hijau dengan pemasangan kemudahan tenaga boleh diperbaharui bagi menarik pelabur antarabangsa yang semakin menitikberatkan sumber tenaga lestari,”katanya.

Mengulas lanjut, Phoong berkata berkenaan Taman Perindustrian Beaufort yang kini lokasi baharu dipilih kerana kesesuaiannya berbanding sebelum ini di Taman Perindustrian Kimanis.

“Hal ini demikian, selepas meneliti kesesuaian lokasi dan cabaran pemilikan tanah, keputusan dibuat untuk memindahkan projek ini ke Beaufort.

“Taman Perindustrian Beaufort ini melibatkan kawasan seluas 4,000 ekar dan akan dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah Sdn Bhd (SOGDC).

“Projek ini dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah,” ujarnya.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri optimis bahawa pembinaan tiga taman perindustrian ini akan menarik lebih banyak pelaburan.

“Ia membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi dan membantu mengatasi isu penghijrahan tenaga kerja muda ke luar Sabah.

“Sebagaimana kejayaan kita di KKIP, yang telah menyaksikan ramai anak muda kembali dari Semenanjung, Taiwan, Hong Kong dan Australia untuk bekerja di Sabah.

“Kita ingin mengulangi kejayaan ini di Kudat, Kota Belud dan Beaufort,” ujar beliau.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar