Malaysia, Uzbekistan perlu tingkat pelaburan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Uzbekistan perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dalam sektor seperti teknologi makanan, pertanian, semikonduktor, tenaga hijau dan kenderaan elektrik (EV), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara juga perlu memperkukuh kerjasama dalam industri halal, pendidikan, kecerdasan buatan (AI), digital dan tenaga.

Seterusnya, perdagangan dan pelaburan merentas semua bidang wajar diperluaskan, dengan tumpuan kepada industri halal dan pendidikan, khususnya pendidikan tinggi.

Anwar berkata demikian menerusi ucapan beliau pada Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan, semalam.

Forum itu diadakan sempena lawatan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia.

“Mesti ada laporan dikemukakan kepada kita setiap bulan (mengenai perkara ini). Ini hanya boleh berlaku apabila kita mempercayai satu sama lain.

“Ini hanya boleh berlaku apabila kita melihat kedua-dua negara mempunyai kekuatan dan rasa hormat antara satu sama lain,” kata beliau.

Anwar berkata, Uzbekistan juga telah mempelawa Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk menyertai aktiviti minyak dan gas di negara berkenaan.

Justeru, beliau menggesa Petronas memudahkan usaha ini kerana ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Uzbekistan harus saling melengkapi untuk menangani batasan dan melihat kepada asas ekonomi untuk melindungi kepentingan rakyat kedua-dua negara dan kebajikan mereka.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak