Prinsip Malaysia Madani bina rakyat bertamadun

MALAYSIA adalah negara yang berdaulat bertunjangkan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, serta Sabah dan Sarawak dengan pelbagai bangsa juga agama.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, negara ini dipayungi oleh sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang mengangkat institusi diraja selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Fasal 32 memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara, manakala Perkara 40 memperincikan peranan baginda sebagai Raja Berperlembagaan yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, kecuali dalam hal-hal tertentu di mana baginda mempunyai budi bicara,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, berdasarkan Fasal 43, kepimpinan Yang di-Pertuan Agong disokong pelantikan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam memastikan kestabilan politik negara dengan melantik individu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Beliau berkata, JKOM juga merupakan sebahagian barisan pertahanan kerajaan dalam memberikan pemahaman kepada rakyat mengenai kepentingan institusi diraja dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan negara.

Ismail juga turut menekankan, prinsip Malaysia Madani juga turut mengangkat penghayatan nilai-nilai kenegaraan dan penghormatan kepada institusi diraja sebagai landasan utama bagi untuk membina masyarakat yang berwawasan.

“JKOM bertanggungjawab untuk memberikan pencerahan kepada rakyat mengenai peranan penting ini. Institusi diraja bukan sahaja simbol kedaulatan negara tetapi juga pemacu utama dalam memastikan kelangsungan pembangunan negara bangsa dan perpaduan rakyat.

“Justeru, dalam kerangka dasar Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, penghayatan terhadap nilai-nilai kenegaraan dan penghormatan kepada institusi diraja adalah penting untuk merealisasikan visi pembinaan ketamadunan negara.

“Marilah kita terus junjung daulat institusi diraja demi kestabilan, kesejahteraan rakyat, dan kemakmuran negara,” katanya.

Related Posts

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan usaha mendidik masyarakat supaya menilai sesebuah kerajaan berdasarkan prestasi, bukannya sentimen perkauman, sebagai pencapaian paling bermakna sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan