Tuduh PM derhaka, satu fitnah jahat, tidak berasas – BBC

KELAB Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menyelar tuduhan jahat dan tidak berasas yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat semalam, mendakwa Perdana Menteri menderhaka terhadap institusi diraja berkaitan isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut BBC, fitnah sebegini bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik tetapi juga boleh merosakkan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja serta menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, Ketua Pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dan bukan sekadar menyebarkan dakwaan tidak berasas demi kepentingan politik semata-mata.

“Tuduhan ini adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri. Ini adalah satu cubaan yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Sepanjang pentadbiran, PMX sentiasa menunjukkan penghormatan tinggi terhadap institusi diraja dan berpegang teguh kepada prinsip Raja Berperlembagaan. Segala tindakan kerajaan sentiasa selari dengan peruntukan Perlembagaan dan mengutamakan kepentingan negara.

“Sehubungan itu, kami menegaskan bahawa tuduhan Ketua Pembangkang adalah tidak benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat. Rakyat perlu menolak politik fitnah dan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BBC juga menegaskan bahawa Perdana Menteri hanya menyatakan fakta yang benar dan tidak boleh dianggap sebagai penderhakaan jadi tiada sebarang unsur penderhakaan terhadap Tuanku Sultan Pahang berkaitan isu tahanan rumah Najib.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan kewujudan titah berkaitan tahanan rumah bagi Datuk Seri Najib Tun Razak dan menjelaskan bahawa titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya.

“Perdana Menteri juga menegaskan bahawa urusan berkaitan Titah Adendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Tambah BBC, dakwaan bahawa pelabur tidak akan masuk ke negara ini kerana kononnya berlaku penderhakaan adalah tidak berasas.

“Keputusan pelabur bergantung kepada kestabilan ekonomi, polisi mesra pelabur, dan keyakinan terhadap kepimpinan negara, bukannya fitnah politik yang tidak berlandaskan realiti,” ujarnya.

Semalam, sidang Dewan Rakyat kecoh apabila Datuk Seri Hamzah Zainuddin membangkitkan isu kewujudan titah berkenaan serta dakwaan penderhakaan terhadap institusi diraja.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kemudiannya melarang sebarang perbahasan berkaitan Titah Adendum dalam sidang Parlimen kali ini.

Johari menetapkan larangan itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(2) selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) mempersoalkan tindakan ahli Parlimen pembangkang.

Selain itu, beliau turut melarang penggunaan perkataan ‘derhaka’ dalam perbahasan mengenai isu titah berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(7).

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun