Kita mahu Anwar kekal sebagai Perdana Menteri – Mustapha

MANGGATAL – “Kita mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana prestasi yang sangat baik dalam memimpin negara.”

Demikian kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Ts. Mustapha Sakmud semasa ditemui media selepas merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 MPN PKR Sabah anjuran bersama DUN Inanam & Sepanggar di Dewan Masyarakat Manggatal di sini pada Rabu.

“Kita mahu supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana prestasinya yang sangat baik.

“Mengikut kajian sokongan untuk Perdana Menteri kalau dilihat seluruh negara yang paling tinggi adalah di negeri Sabah.

“Saya fikir ini adalah satu petanda baik bahawa negeri Sabah amat menghargai komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membantu negeri Sabah untuk meningkatkan ekonomi kita,” ujarnya.

Jelasnya, sokongan rakyat Sabah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah disebabkan ketegasannya dalam melaksanakan MA63 yang begitu konsisten dalam membantu Sabah dan Sarawak.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkata, PKR Sabah akan terus mempertahankan kestabilan dan keharmonian di negeri ini.

“Kita mahu supaya kestabilan negeri ini kita kekalkan sehingga pilihan raya akan datang.

“Kita tidak mahu lagi berlaku kekecohan yang menyebabkan pengurusan kerajaan negeri kita porak-peranda.

“Kita tahu banyak masalah yang berlaku tapi kita kena faham apa yang paling penting adalah kestabilan negeri barulah kebajikan rakyat terjaga,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun