Pendirian Malaysia kekal bebas dan berkecuali – PM

PENDIRIAN Malaysia kekal bebas dan berkecuali dengan semua negara walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah melaksanakan tarif ke beberapa buah negara bermula semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian ini kekal kerana Malaysia tidak boleh membuat Keputusan dan memberi respons terlalu awal terhadap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global ketika ini.

Anwar berkata, situasi ini boleh berubah bila-bila masa sebagai contoh pengumuman Trump semalam, yang bertindak menangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada iaitu beberapa jam sebelum perlaksaannya berkuat kuasa.

“Jadi dalam tempoh sebulan (ini) perubahan dasar dijangka mungkin berlaku atau dikekalkan.

“Apa yang kita lakukan selama ini adalah dasar (ekonomi) yang bebas dan berkecuali tetapi dalam masa sama secara agresif membuka jaringan dengan negara-negara lain umpamanya Afrika, melalui Afrika Selatan, Euthopia, Amerika Latin, Brazil dan Peru, selain membuka pendekatan lebih baik dengan China dan Rusia.

“Dengan jaringan ini, kita percaya boleh membantu dari sudut memberi ruang pelaburan baharu dan membuka peluang meningkatkan eksport ke negara lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Lim Guan Eng (Bagan) yang memintanya menyatakan kedudukan Malaysia terhadap perang perdagangan dunia yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif oleh Trump.

Terdahulu, Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kanada dan Mexico selama sebulan bermula Isnin.

Penangguhan ini berikutan kedua-dua negara jiran tersebut mencapai perjanjian saat akhir dalam mengetatkan kawalan di sempadan negara. Kawalan ini turut melibatkan aliran pendatang asing dan kemasukan dadah fentanil ke AS.

Kadar tarif baharu yang diperkenalkan Trump iaitu sebanyak 25 peratus ke atas eksport dari Kanada dan Mexico mengakibatkan pasaran saham global menjunam dan mencetuskan kebimbangan terhadap perang perdagangan global.

Walau bagaimanapun, beberapa jam sebelum tarif tersebut berkuat kuasa, Trump memutuskan untuk membuat penangguhan selepas perbualan telefon bersama pemimpin kedua buah negara itu. Menurut Trump, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum mencapai persetujuan untuk penangguhan tersebut.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan