PKR bidas Rafidah pertikai usaha kerajaan bantu pulihkan Gaza

SEBAGAI seorang pemimpin berpengalaman mengenai selok-belok antarabangsa, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang kurang bersetuju dengan langkah kerajaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, Israel tidak pernah tunduk ke atas mana-mana desakan antarabangsa terutama berkaitan konflik Palestin walaupun telah diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Amidi berkata, kenyataan Rafidah seolah-olah menunggu kucing bertanduk kerana syarat yang diletakkan untuk membantu rakyat Palestin hampir mustahil akan terjadi berdasarkan sejarah terdahulu.

“Kewujudan negara Israel pun dipertikaikan. Kita sendiri tidak pernah mengiktiraf kewujudannya. Inikan pula mahu keputusan yang jelas terhadap pemilikan tanah-tanah di Palestin.

“Sedarkah beliau, dalam edisi terbaru peperangan Hamas-Israel, Israel menyerang membabi buta semua kemudahan awam termasuklah masjid, sekolah dan hospital.

“⁠Ada kemungkinan tidak pernah terlintas di media sosial beliau, solat hari raya dilakukan dalam runtuhan sebuah bangunan. Malah para doktor perubatan ditangkap atau terbunuh ketika hospital dibom. ⁠Di manakah rasa kasihan belas kamu?” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Rafidah mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin Malaysia perlu memberi keutamaan kepada keperluan rakyat sebelum memulakan rancangan untuk membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan rejim Zionis.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan merupakan satu perkara yang wajar dipuji, namun beberapa perkara perlu diambil kira.

Mengulas lanjut, Amidi berkata terdapat kebenaran di balik kenyataan Rafidah yang menimbulkan isu penggunaan dana awam yang bersumberkan cukai dan lain-lain lagi.

Tambah beliau, sekiranya persoalan itu dibangkitkan, mengapakah Rafidah masih melaksanakan projek mega ketika memegang jawatan sebagai anggota Kabinet walaupun wujud sekolah daif di luar bandar, jalan rosak serta hospital uzur di kawasan pedalaman negara.

“Alangkah baiknya jika kos patung helang di Langkawi digunakan untuk membaiki sekolah daif di Kedah itu sendiri. Apakah nilai atau manfaat yang diperolehi oleh rakyat terbanyak dengan Litar Lumba Formula 1 di Sepang?

“Adakah Tan Sri akan tersenyum gembira, tatkala negara kita dirundung musibah dan memerlukan bantuan asing, semua negara memberikan alasan masih ada sekolah daif di negara mereka dan masih ada hospital yang uzur perlu diberikan perhatian?” katanya.

Rafidah juga turut mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Dana Kemanusiaan Khas sekiranya konflik di Gaza diselesaikan dengan jelas dan semua pihak menerima syarat yang dipersetujui.

Jelasnya, inisiatif tersebut boleh dilaksanakan dengan menjemput sektor swasta untuk menyumbang wang yang dikecualikan cukai, dengan penglibatan minimum atau tanpa melibatkan wang pembayar cukai lain oleh kerajaan.

Related Posts

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki kekal sebagai anggota Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sehingga 19 September 2027 berdasarkan pelantikan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti