NGO Malaysia beri sokongan penuh pembinaan semula Gaza

BEBERAPA badan bukan kerajaan (NGO) menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha pembangunan semula Gaza seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru, ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM), Syahrir Azfar Saleh berkata, pihaknya menyambut baik dan memberikan sokongan penuh kepada inisiatif kerajaan bagi mempercepatkan pembangunan semula Gaza, Palestin.

“Kami mengalu-alukan kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun untuk menubuhkan dana pembangunan melalui inisiatif Asia Timur, yang akan memberi tumpuan kepada pembinaan semula infrastruktur penting seperti sekolah, hospital, dan masjid.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang komited terhadap keamanan dan kesejahteraan global, GPM ingin memberikan jaminan untuk terus menyokong proses pemulihan Gaza melalui pelancaran #KempenPulihkanGaza yang telah dimulakan pada 16 Januari 2025 lalu dengan memberikan tumpuan beberapa aspek penting,” katanya menerusi satu kenyataan.

Usaha ini akan direalisasikan dengan jalinan kerjasama semua pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta serta seluruh rakyat.

Anwar juga mengumumkan kerajaan Malaysia dan Jepun juga berjaya mencapai kesepakatan untuk menyegerakan usaha membina semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), dengan menubuhkan dana khas bagi menyokong pembangunan semula wilayah yang terkesan.

Syahrir berkata, GPM percaya bahawa usaha ini bukan sekadar memulihkan Gaza dari segi fizikal, tetapi juga memberikan sinar baharu kepada rakyat Palestin untuk terus kuat menempuh dugaan serta cabaran yang melanda mereka.

Dalam pada itu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menerusi satu kenyataan hari ini bersependapat menyokong penuh ke atas tindakan yang dilakukan oleh Anwar dalam memainkan peranan penting bagi mempertahankan hak asasi manusia.

“Sehubungan dengan gencatan senjata di Palestin, khususnya di Gaza seluruh rakyat Malaysia memikul tanggungjawab bersama dalam memastikan bantuan yang sewajarnya disalurkan bagi memulihkan hak-hak rakyat Palestin serta meringankan penderitaan mereka.

“Usaha ini sejajar dengan prinsip kemanusiaan sejagat yang menekankan hak setiap individu untuk hidup bebas daripada diskriminasi,” katanya.

Tambah Hasanuddin, YADIM juga yakin bantuan yang disalurkan di Gaza tidak sepenuhnya menggunakan perbelanjaan kerajaan kerana Perdana Menteri juga bijak memainkan peranan diplomasi bersama kuasa ekonomi besar yang turut sama komited membangunkan semula Palestin.

“Malaysia, sebagai negara yang dihormati di peringkat antarabangsa, mengoptimumkan sumber sedia ada bagi memastikan bantuan disalurkan secara efektif dan berkesan demi kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya.

Ujarnya, sokongan terhadap Palestin bukan sekadar tanggungjawab kemanusiaan tetapi mengangkat tanggungjawab moral sebagai negara yang dihormati di peringkat global.

Related Posts

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki kekal sebagai anggota Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sehingga 19 September 2027 berdasarkan pelantikan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti