Pahang sudah kemuka permohonan pasang lampu jalan di lebuh raya Karak

KUANTAN – Kerajaan Pahang sudah mengemukakan permohonan peruntukan baharu bagi memasang lampu jalan ekoran isu laluan gelap di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula dari Genting Sempah, dekat Bentong.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya mengambil perhatian isu itu yang menimbulkan keresahan pengguna di laluan terbabit.

“Saya memang dapat merasakan, saya akui bahawa berlaku kegelapan… cuma apa yang dimaklumkan kepada saya bahawa pernah dipasang (lampu jalan) satu ketika dahulu tetapi lampu itu dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

“Jadi untuk mendapatkan peruntukan baharu, ambil masa sedikit, tetapi itu bukan alasan bagi kita dan kita akan pastikan nanti (pemasangan lampu jalan) supaya perkara tidak diingini tidak berlaku di masa akan datang,” katanya.

Wan Rosdy mengakui isu berkenaan bukan perkara baharu dan pernah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini malah permohonan juga pernah dikemukakan.

Jelasnya, pihaknya akan memberikan perhatian dan mengambil tindakan susulan bagi melihat perkembangan permohonan lampu jalan di kawasan itu.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014