Empat ditahan, cubaan edar dadah lebih 3kg gagal

TAWAU – Polis berjaya menahan empat lelaki dan merampas lebih tiga kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM180,000 sekaligus menggagalkan cubaan pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan sekitar Tawau, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, rampasan pertama dibuat sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Tawau di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kuhara kira-kira pukul 5 petang, 19 Januari lalu.

Beliau berkata, semasa serbuan dibuat, dua lelaki masing-masing warga tempatan dan warga asing berumur 31 dan 41 tahun dikesan mencurigakan di rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan rumah menemui dua peket plastik warna keemasan bertulis ‘Guanyinwang’ yang mengandungi 2,039.64 gram (g) syabu bernilai RM120,000.

“Kedua-dua suspek itu ditahan bagaimanapun ujian saringan suspek warga tempatan itu positif methamphetamine dan amphetamine dan mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Seorang lagi suspek yang turut ditahan tidak mempunyai sebarang rekod lampau serta negatif sebarang jenis dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, pada Selasa.

Sementara itu, rampasan dadah seberat 1,018.41g syabu bernilai RM60,000 serta tangkapan dua lagi suspek lelaki berjaya dibuat di tepi jalan di Kilometer 60 Jalan Semporna-Tawau, pada 20 Januari kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Menurut Jasmin, semasa tangkapan dibuat, seorang lelaki mencampak sebungkus plastik mengandungi peket lutsinar berselotep cerah dan peket berwarna hijau ‘Guanyinwang’ sebelum menemui dadah terbabit.

“Suspek berumur 28 tahun warga tempatan bersama rakan sejenayah berumur 31 tahun warga asing yang ditahan dipercayai menjadi pemandu untuk aktiviti pengedaran dadah.

“Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Tegas Jasmin, pihaknya giat mengesan rangkaian pengedaran dadah di daerah ini selain memberi peringatan kepada orang awam agar tidak terlibat dalam sebarang salah laku berkaitan dadah kerana merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat membanteras kegiatan ini juga dialu-alukan,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled