Sumbangan masyarakat Cina, kerjasama antara kaum terus pacu pembangunan Sarawak

KUCHING – Sambutan Tahun Baharu Cina menjadi peluang kepada masyarakat Sarawak menghargai sumbangan oleh masyarakat Cina terhadap pembangunan Sarawak.

Menurut Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Sarawak sangat beruntung dengan perbezaan ini berjaya memupuk keharmonian dan kemakmuran.

“Masyarakat Cina memainkan peranan yang penting dalam sektor ekonomi, politik dan pendidikan dalam memberi sumbangan kepada Sarawak,” ujar beliau.

Tambah beliau, masyarakat Cina terus menjadi rakan strategik yang menyokong pembangunan Sarawak melalui pelbagai inisiatif.

“Ini dapat dilihat melalui ekonomi Sarawak semakin berkembang pesat dengan pelaburan dalam infrastruktur, teknologi dan sektor baharu seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau,” kata beliau.

Jelas beliau, pembangunan Sarawak yang inklusif dan berdaya tahan merupakan tunjang kepada kemakmuran yang berkekalan.

“Oleh itu, kerjasama antara kaum hendaklah dijadikan keutamaan untuk memastikan kesejahteraan bersama dapat dicapai,” ujar beliau perutusan khas sempena Tahun Baharu Cina 2025.

Dalam perutusan yang sempena Tahun Baharu Cina, beliau menyeru anak-anak Sarawak Cina dan Bumiputera untuk berganding bahu untuk menguasai Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Teknologi, Kejuruteraan (STEM).

“Kejayaan kaum Cina dalam bidang ini menjadi inspirasi kerana terbukti berkesan melahirkan tenaga kerja berkualiti tinggi,” kata beliau.

Tambah beliau, langkah ini sangat penting dalam memastikan anak Sarawak bersedia memenuhi keperluan masa hadapan terutama bidang yang dipacu oleh kemajuan teknologi.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar