Had laju ditetapkan 80 km/j sempena Tahun Baharu Cina

PUTRAJAYA – Had laju di semua jalan Persekutuan di seluruh negara diturunkan dari 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j bermula esok hingga 2 Februari depan, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan penurunan sementara had laju selama enam hari – sepanjang Op Bersepadu itu – bertujuan meminimumkan risiko kemalangan jalan raya.

“Sepanjang tempoh itu, kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara agar tidak mengganggu aliran trafik manakala kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna akan dirancang sebaiknya.

“Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan agar tidak mengganggu perjalanan pengguna ke destinasi dituju,” katanya.

Selain itu, bagi memastikan kelancaran lebuh raya, Nanta turut mengarahkan syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) supaya menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai bermula 23 Januari hingga 3 Februari ini.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan kunci utama rakyat Malaysia hadapi cabaran mendatang

PUTRAJAYA – Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang rakyat Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kelemahan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti negara yang dibina bersama sejak sekian lama. Tokoh Perpaduan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

  • By Aden
  • August 31, 2026
Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim