Enam pelancong China cedera, pemandu parah dalam kemalangan bas persiaran di Sandakan

SANDAKAN – Enam pelancong China cedera manakala pemandu parah apabila bas persiaran milik Syarikat Borneo Tracker dinaiki mereka terbabas berhadapan Young Superstore di Jalan Sibuga, di sini, pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, pemandu bas terbabit yang berusia 63 tahun dilaporkan parah, sebelum semua mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.15 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer dari balai bomba.

“Setiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelancong dari China seramai 17 orang terdiri daripada 13 dewasa manakala empat kanak-kanak.

“Enam pelancong cedera manakala pemandu parah dan semua mangsa dihantar ke HDOK oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Severinus, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi membersihkan tumpahan minyak di lokasi kejadian menggunakan satu aliran salur bantu mula melalui sumber air tangki jentera.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada 10.42 pagi,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP