Kerajaan Persekutuan komited, sokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah

TUARAN – Kerajaan Persekutuan komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah bagi memastikan rakyat menerima manfaat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, ini termasuk sistem pembekalan elektrik yang lebih stabil dan terjamin.

“Sepertimana yang telah dipersetujui bahawa jumlah siling indikatif subsidi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity (SE) bagi tahun 2024 hingga 2030 adalah sebanyak RM3.54 bilion.

“Ia merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT),” katanya.

Fadhillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berucap demikian sempena Program Sabah Electricity (SE) Bersama Komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Sulaman, di sini pada Ahad.

Mengulas mengenai program itu, beliau berkata kerajaan sentiasa menghargai kepentingan perayaan-perayaan demi mengukuhkan lagi semangat kekitaan, perasaan muhibah dan harmoni yang sememangnya amat sinonim dalam konteks kepelbagaian budaya dan etnik di negara ini.

Beliau berharap supaya masyarakat sentiasa berusaha untuk menyemai, memupuk dan mempertahankan semangat murni dan kerjasama antara kaum.

“Saya yakin, inilah yang menjadi tonggak kekuatan kita selama ini serta menjadi teladan di mata dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri Sabah akan terus bekerjasama dengan Persekutuan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di negeri ini.

Beliau berkata, ini termasuk inisiatif yang dirangka berdasarkan kuasa kawal selia oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) dalam Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040).

“Walaupun kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri, saya berharap agar kerjasama di antara kedua-dua pihak tetap utuh dengan menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi bagi memberikan kemudahan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Hadir sama Pengerusi SE merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP