Kaunter daftar bantuan SKAS di Sibu dibuka hingga 23 Januari

SIBU – Stadium Tertutup Sibu menjadi tumpuan penduduk setempat yang menghadapi masalah dalam pendaftaran bagi bantuan Skim Kewangan Asas Sarawak (SKAS).

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Sibu bermula hari ini sehingga 23 Januari 2025.

Sebanyak enam kaunter dibuka dari jam 8 pagi hingga 1 petang bagi sesi pagi dan 2 petang hingga 5 petang untuk sesi petang bagi memudahkan proses pendaftaran.

Program ini bertujuan membantu penduduk yang layak memohon SKAS serta menyediakan bimbingan kepada mereka yang baru pertama kali mengisi permohonan secara dalam talian.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Romeo Christopher Tegong berkata, penerima yang layak boleh menuntut bantuan sepanjang tahun 2025, bukan hanya dalam tempoh tiga hari ini.

Selain itu, jelas beliau, bagi yang tidak layak, rayuan boleh dibuat mulai 1 Februari depan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak panik dan menyatakan program sebegini diadakan di beberapa daerah kecil. Saya juga menasihati orang ramai menggunakan bantuan yang diterima dengan bijak,” ujar beliau ketika memantau kelancaran program tersebut di Stadium Tertutup yang turut ditemani oleh Setiausaha Politik yang lain, Joshua Ting Fu Ying.

Sementara itu, Ting turut menyarankan kepada orang ramai agar bersabar semasa menuntut bantuan SKAS ini.

“Jika anda mempunyai telefon pintar dan tahu caranya, anda boleh mendaftar di rumah atau bantu ibu bapa anda. Kami membuka kaunter ini untuk mereka yang memerlukan bantuan untuk pendaftaran,” ujar Ting.

Selain itu, Ting berkata, orang ramai boleh mengunjungi pusat khidmat Parti Demokratik Progresif (PDP) di Jalan Bawang dan Jalan Wawasan untuk bantuan pendaftaran.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff