Sabah tuan rumah MICF buat julung kalinya, 24-27 Mei

KOTA KINABALU – Sabah bakal jadi tuan rumah Pesta Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) pada 24 hingga 27 Mei depan buat julung kalinya yang akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, ia adalah satu peristiwa penting kerana sudah lebih sedekad sejak MICF terakhir diadakan di Kuala Lumpur.

“MICF 2025 akan mencipta sejarah dengan diadakan di luar Kuala Lumpur buat kali pertama.

“Sebagai rakyat Sabah, saya amat gembira apabila mengetahui Kota Kinabalu sebagai tuan rumah untuk acara besar ini,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Pra-Pelancaran MICF 2025 di sini pada Isnin.

Chan berkata, objektik utama MICF adalah untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dari segi pembangunan teknologi.

“MICF 2025 ini juga berperanan sebagai platform penting untuk membincangkan isu-isu utama dan peluang dalam industri koko global, termasuk pengeluaran biji koko premium serta penglibatan,” katanya.

Tambah beliau, sambutan bertaraf antarabangsa ini juga sangat unik kerana bukan hanya memberi peluang pengunjung melibatkan diri dalam pembangunan industri koko tetapi juga merasai kehangatan budaya dan tradisi Sabah.

“MICF 2025 menjadi lebih istimewa apabila diadakan pada bulan Mei bertepatan dengan Pesta Menuai ikonik Sabah, yang dikenali sebagai Kaamatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya Sabah merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran koko negara yang menyumbang 60 peratus daripada keseluruhan pengeluaran produk koko Malaysia.

Katanya, Kementerian Perladangan dan Komoditi menyokong penuh Malaysian Cocoa Board (MCB) dalam penganjuran MICF 2025 bertujuan untuk mengembangkan rantaian bekalan koko dengan meningkatkan aliran pendapatan petani.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar