
JABATAN Komunikasi Komuniti (JKOM) berbesar hati menerima kedatangan bekas Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Ismail Yusop sebagai Ketua Pengarah baharu agensi itu.
Ismail yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Abah, menjawat jawatan itu bermula pada 15 Januari bagi menggantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman.
Beliau juga merupakan veteran PKR dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam arena politik dan pernah memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR seterusnya dilantik menjadi Senator Dewan Negara pada 13 Ogos 2018 sehingga 12 Ogos 2021 bagi mewakili PKR.
Menelusuri perjalanan politik Ismail, terutamanya selepas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 secara tidak langsung menjadikan beliau antara tonggak utama Gagasan Madani.
Peranan beliau sebagai Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) pada 2023, memberi keistimewaan bagi membawa perkembangan gagasan itu agar tersemat nadi dan jiwa masyarakat menerusi pelbagai inisiatif.
Meluaskan sayapnya di JKOM, Ismail mengambil tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah dalam memberi penerangan dan pencerahan informasi yang kepada rakyat disaat pelbagai rintangan serta cabaran di Jabatan ini.
Memasuki era ketika di AKM pada Mac 2024 sebagai Timbalan Ketua Pengarah, beliau cemerlang memberi buah idea dan melaksanakan pelbagai program pendidikan serta latihan bagi meningkatkan kemahiran untuk generasi kini.
Menjelang 2025, beliau tetap menyokong penuh dalam usaha memantapkan prinsip Malaysia Madani dan meraikan kepelbagaian peradaban negara.
Hari ini (Jumaat), Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan Ismail sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu selepas kekosongan jawatan itu selama tiga bulan.
Semalam, pelantikan Ismail dikongsikan menerusi laman Facebook AKM.




