Lelaki cedera, jatuh dari bangunan Grand Plaza Putatan 

PUTATAN – Seorang lelaki 38 tahun cedera akibat terjatuh dari tingkat dua di bangunan Grand Plaza Putatan pada Rabu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kurang lebih pukul 12.20 tengah hari. 

“Setelah tiba di lokasi Polis mendapati seorang lelaki sedang terbaring di atas jalan raya dipercayai terjatuh dari tingkap bilik sewa di tingkat dua bangunan tersebut.

“Mangsa merupakan seorang warga tempatan berumur 38 tahun mengalami beberapa kecederaan anggota badan dan telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.  

Katanya, saksi yang melihat kejadian diminta untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan gambar di tempat kejadian yang boleh menggangu siasatan juga bagi menjaga sensitiviti mangsa dan keluarga.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak