Video promosi TMM2026 wajar dibuat semula- Mohd Na’im

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik komitmen Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuat semula video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohamad Na’im Mokhtar berkata, pembuatan semula video terbabit adalah wajar dan tepat dengan mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan selain kemajmukan masyarakat di Malaysia.

“Selain itu, sepertimana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada negara Malaysia.

“Oleh itu, usaha-usaha untuk memperkukuh serta memartabat syiar Islam di Malaysia adalah keutamaan Kerajaan Madani yang sedang dilaksanakan dengan penuh giat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, usaha pengukuhan Islam ini telah digerakkan secara bersepadu bersama semua pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan, pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara,” katanya.

Sebelum ini, video montaj TMM 2026 menerima kritikan termasuk daripada pemimpin pembangkang yang menggesa MOTAC menarik balik video berkenaan kerana didakwa cuai berikutan tiada elemen masjid dipaparkan, sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.

Mengulas lanjut, King Sing menegaskan, tujuan utama video montaj ringkas pelancaran Kempen TMM 2026 adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan termasuk perpaduan, perkembangan ekonomi serta hala tuju negara pada masa depan, bukannya mengenai agama atau perkauman.

Berikutan itu, King Sing melahirkan rasa amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu berkenaan sebagai sentimen agama dan perkauman serta bahan perpecahan.

Katanya, video montaj yang dikritik selepas tidak mempamerkan elemen masjid sebelum ini hanyalah video pelancaran ringkas dengan durasi 41 saat di mana fokus utama video montaj itu adalah untuk menampilkan keunikan Malaysia secara inklusif, dan meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu berkenaan.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan