Lelaki warga asing miliki syabu ditahan

TAWAU – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis syabu di kawasan sebuah restoran di Batu 4, Jalan Apas, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis Jasmin Hussin berkata, suspek yang berusia 30-an ditahan kira-kira pukul 10.40 malam dalam satu operasi sepasukan anggota polis dari ‘Strike Team’.

“Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut melarikan diri ke kawasan semak apabila dihampiri pihak polis.

“Bagaimanapun suspek kemudian berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pihak polis.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis menemui satu peket plastik lut sinar yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu di dalam kocek seluar suspek dengan anggaran berat 0.23 gram.

“Suspek turut gagal memberikan penjelasan selepas disoal mengenai pemilikan bahan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Jasmin, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan didapati positif dadah jenis ‘methamphetamine’ selepas di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk ujian saringan air kencing.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya.

“Pihak polis turut menggesa orang ramai agar sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras penyalahgunaan dadah yang boleh memudaratkan masyarakat.

“Maklumat daripada orang ramai penting bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras dengan lebih berkesan dan operasi ini adalah sebahagian usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi jenayah berkaitan,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang