Kemudahan 5G di Pahang belum memuaskan

KUANTAN – Jumlah pencawang 5G di Pahang secara keseluruhannya masih tidak mencukupi dan kurang memuaskan, kata Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Ini kerana pengendali rangkaian 5G menerusi kontraktor dilantik mereka, lebih memilih kawasan bandar untuk menempatkan pencawang berkenaan.

“Macam di Kuantan saya difahamkan ada lebih 300 (pencawang) untuk liputan 5G, manakala di Lipis cuma ada satu.

“Begitu juga di Raub, ada lima… itu pun lepas saya bersuara berkaitan hal ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Raub.

Fadzli berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pemuktamadan dan Penyerahan Tapak Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sungai Pandan, dekat sini, hari ini.

Beliau menjelaskan kemudahan liputan telekomunikasi pantas seperti 5G adalah sangat penting kerana ia berperanan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Pahang.

“Perkara ini juga sangat ditekankan kerajaan Pahang seperti dihasratkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Jadi, saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak DNB (Digital Nasional Berhad) yang mengendalikan hal berkaitan 5G supaya dapat menambahkan lagi kemudahan (5G) di negeri ini.

“Kita tidak mahu hanya kawasan tertentu sahaja menikmati kemudahan 5G… kalau boleh biarlah pengagihan kawasan liputan itu lebih menyeluruh,” jelasnya.

Mengulas mengenai majlis itu, Fadzli berkata, semua 191 menara telekomunikasi di bawah Jendela Fasa 1 sudah siap dibina di Pahang.

Daripada jumlah itu, sebanyak 144 menara sudah dilengkapi rangkaian telekomunikasi dan beroperasi sepenuhnya.

“Untuk 47 lagi pencawang, kita jangka dapat beroperasi sepenuhnya menjelang April tahun ini.

“Pada 1 April 2025, seharusnya semua menara ini dapat beroperasi… andai kata ada masalah kelewatan yang tidak dapat dielakkan, saya minta buat inisiatif interim untuk mengatasinya,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula