Solidariti bermusim tindakan memualkan

PIHAK yang meneruskan himpunan solidariti terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah membelakangi nasihat pihak berkuasa dan mereka ini disifatkan sebagai pemain politik tanpa moral.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, proses pengampunan bekas Perdana Menteri itu bukan modal politik yang boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak dan tindakan menjadikan ia taruhan bagi meraih populariti adalah sangat tidak bermoral.

“Bersolidariti secara bermusim itu sangat memualkan. Apa lagi setelah mengenang segala nista yang pernah mereka lemparkan terhadap mantan Presiden UMNO tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, sebaliknya ia akan dilakukan mengikut lunas perundangan.

“Ramai yang bertanya kenapa UMNO tidak boleh terpisah dengan bekas Presidennya.

“Jawapannya ialah kerana UMNO setia dengan bekas Presiden atas jasanya pada bangsa dan negara.

“Apa jua kekurangan dan kelemahan, justeru jika ada kesalahan sekalipun, tidak akan dapat mengatasi lautan darmabaktinya pada tanah air dan bangsa.

“UMNO tidak akan meminggirkan mereka yang bersetia dengannya. Apa lagi pada seorang bekas Presidennya,” ujarnya.

Semalam, UMNO membuat keputusan tidak meneruskan himpunan solidariti untuk Najib di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan tidak akan membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Related Posts

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kalau sudah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama’ – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri. Menurut Mahfuz, isu sebenar bukan tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat