Dua maut kereta terbabas masuk gaung

KUANTAN – Dua wanita meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta terbabas di kilometer 152. 4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), dekat Maran, jam 11.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superitenden Wong Kim Wai berkata, wanita yang meninggal dunia adalah penumpang belakang dikenali sebagai V Kohmathy, 61 tahun dari Banting Selangor dan K Vasanthy 60, dari Klang, Selangor.

Katanya, pemandu kereta itu, S Nishantini 33 tahun dan penumpang hadapan, K Turgaa Shini mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Nissan Almera dalam perjalanan dari Banting, Selangor ke Kuil Sri Marathandavar di Maran untuk menghadiri upacara keagamaan.

“Keempat-empat mereka mempunyai pertalian persaudaraan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Nishantini hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, penumpang tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang bahagian hadapan mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai