Hapus ketidakcekapan, Petronas laksana semakan produktiviti

PUTRAJAYA – Syarikat minyak dan gas negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan sedang melaksanakan semakan produktiviti berterusan bertujuan, antara lainnya untuk ‘menghapuskan ketidakcekapan’.

Gergasi industri itu mengesahkan perkara ini sebagai maklum balas kepada laporan media sebelum ini yang memperincikan potensi pengecilan tenaga kerja Petronas disebabkan anggaran kehilangan hasil sebanyak 30 peratus dikaitkan dengan kemasukan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai pemain utama dalam sumber gas asli negeri.

Petronas berkata, pihaknya kekal teguh dalam melaksanakan strategi peralihan tenaga sambil menyampaikan penambahbaikan berterusan dengan menjadi lebih fokus kepada operasi, tangkas dari segi komersial dan menjimatkan kos.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Petronas sedang menjalankan kajian semula yang menyeluruh terhadap produktivitinya sendiri dengan tujuan untuk menyelaraskan cara kerjanya, menghapuskan ketidakcekapan dan memberi tumpuan kepada usaha yang boleh memberikan nilai yang boleh diukur.

“Petronas dalam melaksanakan mandatnya di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, ia kekal komited sepenuhnya untuk mencipta nilai bagi para pemegang sahamnya.

“Untuk berbuat demikian, ia perlu memastikan dapat terus bersaing dan berkembang maju dalam landskap sektor tenaga yang berkembang baik di dalam dan di peringkat global.” katanya.

Bagaimanapun, Petronas tidak menjelaskan sama ada langkah itu ada kaitan dengan perjanjian pengedaran gasnya dengan Petros.

Sebelum ini, media melaporkan, Petronas kehilangan 30 peratus sebaik sahaja formula yang dipersetujui untuk pengedaran gas asli di Sarawak dilaksanakan, mungkin terdapat perubahan dalam strategi pampasan Petronas untuk pekerjanya.

Selain pemberhentian bonus dan pengurangan kenaikan gaji untuk kakitangan di pelbagai jabatan, sumber itu juga menegaskan bahawa potensi penipisan margin untung rugi Petronas,  sebaik sahaja formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan, yang dilihat boleh menjejaskan keupayaan firma itu untuk membeli peralatan yang diperlukan untuk operasinya.

Sumber itu juga berkata bahawa kebanyakan program ‘team building’, serta projek yang dianggap tidak penting atau bermanfaat, telah dihentikan sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos.

Projek untuk mengawasi pemberhentian ini, dengan sebahagian daripadanya boleh dilaksanakan menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) difahamkan telah ditubuhkan oleh Petronas, yang mempunyai hampir 50,000 pekerja di lebih 100 negara.

Pertikaian antara Petronas dan Petros mengenai pengagihan gas asli di Sarawak telah menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak untuk memastikan penyelesaian secara baik akan diambil.

Rundingan itu, yang dilaporkan telah dimuktamadkan sementara pihak berkuasa memuktamadkan beberapa butiran penting, difahamkan dikaitkan dengan bidaan Sarawak untuk pemerintahan sendiri yang lebih besar.

Ptemier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan pada 10 Disember bahawa perkara itu kini boleh dianggap selesai, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada perdana menteri.

Walaupun Abang Johari bersetuju bahawa mungkin terdapat sedikit pengurangan kepada keuntungan Petronas berikutan perjanjian pengagihan gas, beliau menegaskan perkara itu boleh dikendalikan dengan sewajarnya.

Beliau menjelaskan bahawa perkongsian antara Petros dan Petronas adalah perlu kerana mereka secara kolektif menguasai sebahagian besar rizab gas Sarawak.

Pada Februari tahun ini, Petros dilantik sebagai agregator gas Sarawak, membolehkan ia mendapatkan semua gas asli yang dihasilkan di negeri ini oleh pengeluar gas huluan, untuk pengagihan, pembekalan dan penjualan kepada semua pembeli gas hiliran.

Bagaimanapun, pelbagai pihak telah menekankan bahawa Akta Pembangunan Petroleum memberikan pemilikan dan hak eksklusif Petronas untuk meneroka dan mengeksploitasi sumber petroleum di Malaysia sebagai sebuah badan kebangsaan.

Butiran perjanjian antara Petronas dan Petros masih belum didedahkan kepada umum.

Related Posts

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya

  • By Ynom
  • May 26, 2026
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya