Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

PULAI SEBATANG – Proses agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) di Dewan Jubli Intan, Pontian pada 25 Mei lalu mengundang rasa kecewa dalam kalangan masyarakat apabila kaedah pelaksanaannya didakwa menyebabkan kesulitan kepada penerima bantuan, khususnya golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islah Pontian (PERKIP) Johor Darul Ta’zim, Salahuddin Jantan berkata, walaupun inisiatif BKJ dilihat sebagai usaha baik kerajaan negeri dalam membantu rakyat, kaedah pengagihan secara fizikal yang dilaksanakan di Pontian disifatkan tidak tersusun dan membebankan penerima.

Menurut beliau, ramai penerima bantuan difahamkan mula beratur seawal selepas Subuh bagi mendapatkan bantuan tersebut. Barisan panjang itu dikatakan bermula dari kawasan Bangunan MARA, melalui Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), seterusnya ke Bangunan Majlis Perbandaran Pontian sebelum berakhir di Dewan Jubli Intan yang terletak berhampiran Selat Melaka.

“Walaupun Bantuan Kasih Johor merupakan bantuan one-off yang amat dinanti-nantikan rakyat Johor dan satu inisiatif yang belum pernah dilaksanakan oleh kebanyakan kerajaan negeri lain, namun kaedah pengagihannya amat mengecewakan warga yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan keadaan cuaca panas terik sepanjang proses agihan menambah kesukaran kepada penerima, termasuk warga emas yang bertongkat serta OKU berkerusi roda yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama.

Menurut dakwaan beliau, terdapat beberapa penerima, khususnya warga emas, dilaporkan pengsan dan lemah dipercayai akibat berdiri terlalu lama selain ada yang tidak sempat bersarapan sebelum hadir ke lokasi.

Situasi itu, katanya, menimbulkan rasa simpati dalam kalangan masyarakat setempat yang menyaksikan sendiri keadaan tersebut.

Sehubungan itu, PERKIP Pontian mencadangkan agar kaedah pengagihan bantuan diteliti semula dan beralih kepada sistem pemindahan terus ke akaun bank atau bank-in, yang disifatkan lebih efisien, mudah serta telus.

Salahuddin berkata, pendekatan seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan MADANI dalam beberapa bentuk bantuan tunai dilihat mampu mengurangkan kesesakan, mempercepat proses agihan serta mengelakkan golongan rentan daripada terdedah kepada risiko kesihatan.

Beliau berharap pihak berkaitan dapat menilai semula kaedah pelaksanaan bantuan supaya kebajikan rakyat, khususnya masyarakat Pontian, lebih terjamin pada masa hadapan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan