JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya

KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) bermula 24 hingga 31 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Harris Ali berkata, operasi berkenaan memberi fokus terhadap sembilan kesalahan utama yang dikenal pasti sering menjadi punca kemalangan maut.

“Ia melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju; tidak mematuhi lampu isyarat merah; memotong di garisan berkembar; memandu di lorong kecemasan; tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar; memotong barisan (potong Q); menggunakan telefon bimbit semasa memandu; membawa lebih muatan bagi kenderaan berat dan memandu kenderaan secara berbahaya.

“Tindakan penguatkuasaan akan dibuat secara bersasar melalui pendekatan fizikal, rondaan, penyamaran dan snap check secara tegas dan berhemah,” katanya dalam sidang media semasa Ops Khas HRAA di Taman Awam Tanjung Lipat, pada Selasa.

Menurut Mohd Harris, pasukan penguatkuasa turut diarahkan meningkatkan tahap Perception Of Being Caught (POBC) khususnya di 18 lokasi Point of Duty (POD) di seluruh Sabah yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

“Sepanjang Ops HRAA ini, tidak ada arahan sekatan perjalanan kepada kenderaan perkhidmatan barangan namun semua pengusaha-pengusaha kenderaan perkhidmatan barangan adalah dinasihatkan untuk mematuhi syarat permit yang ditetapkan dan tidak membawa lebih muatan,”katanya.

Sebagai rekod, sepanjang tempoh 24 hingga 26 Mei ini, sebanyak 4,243 kenderaan telah diperiksa dalam Ops HRAA dengan 481 tindakan penguatkuasaan diambil, manakala 11 kenderaan turut disita.

Selain itu, Mohd Harris berkata, JPJ Sabah akan meneruskan OPS Luxury terhadap kenderaan mewah yang gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tidak memiliki perlindungan insurans.

“Sehingga kini, sebanyak 34 kenderaan mewah pelbagai jenama termasuk BMW, Porsche, Audi, Mercedes-Benz, Toyota Supra dan Lexus telah disita,” tambahnya.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar