PDRM berjaya pastikan dua himpunan di Sabah berlangsung aman

KOTA KINABALU –  Kecekapan pihak polis mengawal perhimpunan Gempur Rasuah Sabah dan Himpunan Bangkit Sabahan yang berlangsung serentak, berjaya memastikan kedua-dua perhimpunan itu berlangsung dalam keadaan aman di Kota Kinabalu hari ini.

Memetik laporan Bernama, kedua-dua perhimpunan itu dijadualkan berlangsung di tempat dan masa yang sama iaitu di hadapan Menara Kinabalu pada 2 petang malah turut berlangsung Karnival Ria di kawasan sama hari ini.

Bagaimanapun pihak polis antaranya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu serta Batalion 16 dan 21 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memastikan tiga acara itu tidak bertembung antara satu sama lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Terdahulu, kira-kira 200 peserta perhimpunan Gempur Rasuah Sabah anjuran Suara Mahasiswa berkumpul di hadapan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum berarak kira-kira 3.4 kilometer dan tiba di hadapan Menara Kinabalu pada 3.10 petang.

Pasukan polis menghalang peserta untuk memasuki kawasan hadapan Menara Kinabalu kerana pelbagai acara sempena Karnival Ria yang dianjurkan kerajaan Sabah sedang berlangsung dan peserta dinasihatkan untuk melakukan aktiviti mereka secara aman.

Kira-kira 15 minit kemudian peserta Himpunan Bangkit Sabahan terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tiba di kawasan sama yang terlebih dahulu dihalang pihak polis dan dua kumpulan itu dipisahkan hanya dalam jarak kira-kira 100 meter.

Kedua-dua kumpulan itu kemudian masing-masing mengadakan ceramah menggunakan pembesar suara dan menaikkan sepanduk serta bendera, sambil diawasi pasukan polis dengan ketat.

Peserta dalam perhimpunan Gempur Rasuah Sabah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai gejala rasuah di Sabah manakala Himpunan Bangkit Sabahan pula menyuarakan kebimbangan terhadap anasir yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam di negeri ini, selain menyokong kerajaan negeri masa ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda antara yang dilihat sibuk mengurus pergerakan anggota polis namun sempat berbual seketika dengan pengamal media selain memberi nasihat supaya menjaga keselamatan.

Beliau bagaimanapun enggan ditemu bual dan memohon ruang untuk menyelesaikan tugasnya.

Presiden Suara Mahasiswa Muhamad Fadhil Kasim berkata ketika tiba di kawasan itu mereka awalnya terkejut dengan kawalan ketat pihak polis, namun keadaan terkawal dan mereka berhimpun secara aman di kawasan itu.

“Pihak polis bukan lawan kami, mereka juga rakyat sama seperti kami. Kami hanya ingin menyatakan suara menentang rasuah dan korupsi,” katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan itu.

Peserta Himpunan Bangkit Sabahan kemudian bersurai kira-kira sejam selepas berhimpun manakala peserta perhimpunan Gempur Rasuah Sabah masih berada di kawasan terbabit ketika berita ini ditulis.

Related Posts

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

KOTA KINABALU – Umat Islam di negeri ini diseru agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

KUANTAN – Seluruh rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini diseru memelihara perpaduan dan mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh meretakkan keharmonian masyarakat. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran