AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

KOTA KINABALU – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 14 kontena mengandungi ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta yang dipercayai dibawa masuk menggunakan pengikraran palsu di Pelabuhan Sepanggar.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rampasan melibatkan keseluruhan berat 404,232 kilogram (kg) dengan produk dipercayai berasal dari China dan Hong Kong.

“Pemeriksaan dijalankan di kawasan Custom Examination Area (CEA) Pelabuhan Sepanggar mendapati semua kontena terbabit mengandungi ayam sejuk beku yang dibawa masuk melalui pengikraran tidak benar.

“Modus operandi dikesan menggunakan pengikraran barangan lain termasuk ubi kentang dan kacang pes.

“Produk terbabit juga telah dipaketkan dan dipercayai sedia untuk dipasarkan di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Tapak Pemeriksaan Kontena, Pelabuhan Sepanggar, pada Selasa.

Menurut Mohd Shuhaily, AKPS telah menyita keseluruhan dagangan berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 berkaitan kesalahan membuat perakuan atau dokumen tidak benar dalam perkara material.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, operasi berkenaan dilaksanakan sejak 19 Mei lalu hasil kerjasama AKPS bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) dan pihak berkuasa pelabuhan.

Tambahnya lagi, AKPS turut mengenal pasti 12 lagi kontena dipercayai menggunakan modus operandi sama dan kini berada di bawah pemantauan pihak berkuasa.

“Kontena terbabit dianggarkan melibatkan berat keseluruhan 348,000 kg dengan nilai dagangan RM3.42 juta.

“AKPS memandang serius sebarang cubaan membawa masuk dagangan secara tidak sah melalui pengikraran palsu atau pelanggaran kawal selia di pintu masuk negara.

“Kita akan terus memperkukuh kawalan dan pemeriksaan menerusi penguatkuasaan bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan sempadan dan pematuhan undang-undang sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan