Gaji pemain KDA FC masih tertunggak, isteri pemain dah ‘mengamuk’

ALOR SETAR – Pemain bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC didakwa tidak menerima gaji selama sembilan bulan walaupun beberapa hari lagi tahun 2024 akan melabuh tirai.

Seorang wanita yang dipercayai isteri kepada pemain Kedah, Muhammad Irfan Zakaria menyatakan dakwaan tersebut yang dimuatkan di media sosial sebelum tular dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Wanita yang dikenali sebagai Miza Izhar mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama dalam tempoh tersebut dan meminta kelab tersebut ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.

“Sampai bila Kedah FC ini nak berhutang dengan player (pemain)? Kalau tak ada duit, tutup sahajalah.

“Tak rasa berdosa ke aniaya orang? Player (pemain) ada anak bini (isteri) nak tanggung ada komitmen lain.

“Sembilan bulan sudah woiii, teruk betullah team (pasukan) macam ini,” katanya di media sosial miliknya.

Masalah kewangan yang menimpa Sang Kenari bukan isu baru malah barisan pemain pernah memboikot latihan dan enggan menyertai perlawanan walaupun sudah disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan sebelum ini.

Biarpun berdepan masalah tersebut, KDA FC dilihat terus berjuang di dalam saingan Liga Super dan berjaya menewaskan Penang FC 1-0 pada aksi derbi utara pada 18 Disember lalu di Alor Setar dan berada di tangga kesembilan dengan 17 mata selepas 16 perlawanan.

Sang Kenari juga berjaya mara ke separuh akhir MFL Challenge Cup untuk bertemu PDRM FC pada 18 Januari di Selayang bagi aksi pertama dan 1 Februari pula untuk aksi timbal balik di Alor Setar.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan