Pertikai lantikan Musa kerana rasuah satu tuduhan berat – Rahman

KUALA LUMPUR – Pihak yang mempertikai pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 kononnya sebelum ini terbabit dengan kes rasuah membuat satu tuduhan berat dan serius.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, tindakan ini sekali gus mempertikaikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menerusi pelantikan itu.

Beliau menolak dakwaan itu kerana Musa telah pun dibebaskan daripada sebarang tuduhan rasuah oleh Peguam Negara, mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Persoalan timbul sekarang ialah kepada siapa kita perlu rujuk untuk menilai sama ada tuduhan berat ini betul atau tidak? Sudah tentu rujukan utama kita ialah kepada keputusan dibuat oleh mahkamah, SPRM dan Peguam Negara.

“Ketiga-tiga entiti ini sudah melepaskan Musa daripada tuduhan rasuah. Agong, Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah sekarang ini langsung tidak terlibat dalam keputusan pembebasan Musa pada Jun 2020.

“Ketiga-tiga mereka belum pun memegang jawatan mereka pada waktu itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau sekali lagi menyatakan keyakinannya bahawa pembebasan Musa oleh ketiga-tiga entiti ini menjadi asas utama kepada proses ‘vetting’ atau tapisan ketat sebelum mengumumkan pelantikannya sebagai TYT.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, antara yang diambil kira adalah pencapaian cemerlang Musa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah yang amat memberangsangkan.

“Jika ada pihak mempertikai perlantikan Musa kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan mahkamah, SPRM dan Peguam Negara, saya cadangkan mereka merujuk kepada keputusan dibuat Independent Commission Against Corruption (ICAC), Hong Kong kerana sebelum ini, ada seorang ahli Parlimen pembangkang membuat aduan rasuah sama terhadap Musa kepada ICAC.

“Tiada siapa berani menuduh ICAC dipengaruhi tangan ghaib kerana ICAC mempunyai kredibiliti yang sukar untuk dipertikai.

“ICAC sudah membuat siasatan yang terperinci (termasuk kerja-kerja siasatan dalam Malaysia) terhadap tuduhan ahli pembangkang itu dan akhirnya ICAC mendapati tidak ada kes yang boleh dituduh terhadap Musa. Itulah faktanya,” katanya.

Terdahulu, pada Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara.

Pelantikan bekas Ketua Menteri Sabau ke-14 itu dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Musa menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

Related Posts

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

AYER KEROH – PKR  kekal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh gerak kerja jentera dan memperbaiki parti, tanpa terheret dengan perkembangan membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

MELAKA – Reformasi tidak boleh terhenti selepas memperoleh kuasa, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata, beliau menjadi saksi kepada perjuangan panjang Presiden Parti Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa