Kuasa politik yang telus pacu pembangunan negeri

PERMATANG PAUH – Kejayaan dalam pilihan raya memberikan ruang kepada pemerintah untuk melaksanakan keputusan, dasar, dan polisi yang membawa kebaikan kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, selepas hampir setahun lebih mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, pelbagai keputusan dan inisiatif yang telah dilaksanakan di Permatang Pauh, terutamanya projek-projek yang hanya dapat direalisasikan dengan adanya kuasa politik telah berjaya dilaksanakan.

Jelas beliau, antaranya adalah mengambil alih sebidang tanah seluas 10 ekar di belakang Masjid Mengkuang Titi yang bernilai RM8 juta yang kini dikelola oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di bawah pimpinannya.

“Manakala tanah wakaf di Permatang Tok Kandu yang sebelumnya hanya memberikan manfaat RM1,000 setahun kepada Masjid Batu, kini akan dibangunkan dengan 120 unit rumah mampu milik menggunakan dana RM35 juta dari Tabung Dana Amanah Bumiputera dan cadangan pembangunan ini turut diterima langsung dari Perdana Menteri.

“Projek pembangunan Wakaf Seetee Aishah 2 pula akan menyediakan 150 unit rumah sewa untuk golongan B40 di Permatang Pauh juga sedang berjalan lancar.

“Satu lagi inisiatif besar adalah pembangunan Masjid Madani yang dicadangkan oleh Perdana Menteri untuk dibangunkan di Permatang Pauh, setelah seorang tokoh korporat menyatakan minat untuk menyumbang kepada pembinaan masjid tersebut,” katanya semasa Program Taklimat Khas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Parlimen Permatang Pauh, yang melibatkan kawasan DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir, dan Penanti.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itu menyeru agar setiap ahli MPKK di Parlimen Permatang Pauh berperanan untuk menyampaikan keputusan, dasar, dan polisi yang telah dilaksanakan kepada masyarakat. 

“Semua pihak haruslah berpegang kepada ajaran al-Quran yang menggalakkan umat Islam untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Kerja-kerja baik yang telah kita laksanakan mesti sampai kepada masyarakat. Kita perlu menyampaikan inisiatif-inisiatif yang membawa manfaat ini kepada semua,” katanya.

Tambah  beliau,MPKK dan JPKKP haruslah berkerjasama dan berganding bahu bagi memastikan agenda pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaaan persekutuan dan kerajaan negeri dapat disampaikan dengan telus kepada rakyat. 

“Dengan kerjasama ini, saya percaya bahawa kerajaan dapat mendekati masyarakat dengan lebih dekat dan memperkukuh perpaduan di Pulau Pinang.

“Dengan pencapaian-pencapaian besar yang telah dilaksanakan, saya yakin bahawa masa depan Permatang Pauh dan Pulau Pinang akan terus cerah, diiringi dengan harapan agar kesejahteraan rakyat terus dipelihara melalui keputusan dan polisi yang memberi manfaat kepada semua,” ujarnya.

Related Posts

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

TAWAU – Perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan perubahan yang begitu ketara termasuk pemerkasaan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera