103 rumah, masjid dan 20 kenderaan terjejas angin kencang

SEMPORNA – Sebanyak 103 buah rumah, sebuah masjid dan 20 buah kenderaan di tiga perkampungan atas air terjejas akibat angin kencang, di sini, awal pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata sebanyak 60 rumah rosak, lapan roboh, sebuah masjid serta lima kereta terjejas di Kampung Selamat.

“Sementara itu, 10 rumah rosak, sebuah ruman roboh serta 15 buah kereta terjejas di Kampung Seri Aman selain turut dilaporkan 22 rumah rosak dan dua rumah roboh di Kampung Sejati.

“Angin kencang turut mengakibatkan berlaku litar pintas susulan wayar putus,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Menurut Madzlan, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pukul 6.21 pagi sebelum 11 anggota termasuk pasukan Bomba Atas Air bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, Bomba membuat pemeriksaan di kawasan sekitar dan mengarahkan penduduk untuk keluar ke kawasan selamat.

“Tiada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, bagaimanapun, pemantauan akan dijalankan secara berterusan di kawasan terlibat,” jelasnya.

Related Posts

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

BAYAN BARU – Hampir 5,000 pengunjung membanjiri Program MADANI Kita (PMK) Batu Maung@Bayan Baru di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara sekali gus mencatat antara kehadiran tertinggi bagi penganjuran program berkenaan setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP