Lelaki dipukul, dikurung keluarga teman wanita

TAWAU – Seorang lelaki menghadapi detik cemas selepas dipukul dan dikurung oleh keluarga teman wanitanya di sebuah rumah di Kampung Merotai Besar, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa berumur 27 tahun berkenaan dipukul menggunakan kepala tali pinggang, ditumbuk serta diancam menggunakan sebilah pedang samurai.

Beliau berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada teman wanitanya yang memberitahu bahawa dia telah mengandung.

“Mangsa sekali lagi menerima pesanan ringkas dari teman wanitanya kira-kira pukul 7.00 pagi keesokan harinya yang meminta mangsa untuk datang ke rumahnya.

“Sebaik tiba di rumah suspek, mangsa diarah masuk ke dalam bilik dan mendakwa dia telah dikurung oleh bapa wanita tersebut.

“Situasi bertambah tegang apabila mangsa dipukul dengan kepala tali pinggang serta ditumbuk di bahagian kepala oleh abang kepada teman wanitanya dan diancam dengan sebilah pedang samurai,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Polis Daerah Tawau, pada Khamis.

Menurut Jasmin, teman wanita mangsa didakwa turut mencederakan mangsa dengan alat seterika panas yang menyebabkan lengan sebelah kiri mangsa melecur.

“Mangsa berjaya melarikan diri dengan memecahkan tingkap bilik dan berlari ke jalan utama bagi mendapatkan bantuan orang awam,” katanya.

Bertindak atas maklumat berkenaan kejadian itu, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai berjaya memberkas dua suspek lelaki berumur 30 dan 64 tahun serta seorang suspek wanita berumur 25 tahun selepas cuba untuk melarikan diri.

Turut dirampas sebuah seterika dan telefon bimbit serta sebilah pedang samurai bersarung yang disyaki digunakan semasa kejadian untuk siasatan di bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan sengaja dan membuat ugutan jenayah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok