Dua bekas tahanan Guantanamo akan jalani pemulihan menyeluruh, integrasi semula dalam masyarakat – KDN

KUALA LUMPUR – Dua rakyat Malaysia yang dihantar pulang oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 18 tahun lalu akan menjalani pelan integrasi komprehensif bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani prihatin dan ihsan terhadap kebajikan dua orang warganegara Malaysia yang kembali dari Kem Tahanan Teluk Guantanamo.

“Program ini disusun secara terperinci melalui tiga fasa utama, di mana setiap satunya menitikberatkan keseimbangan antara pemulihan individu dan keharmonian sosial. Sebagai pelengkap kepada pelan ini, mekanisme pemantauan rapi turut dirangka bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya,” katanya.

Menurutnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemantauan berterusan, termasuk lawatan berkala untuk menilai kemajuan pemulihan serta memastikan kebajikan mereka terus terjaga.

Saifuddin Nasution berkata, pendekatan yang dilaksanakan itu bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan semua warganegara, malah turut menonjolkan nilai-nilai Malaysia Madani yang mengutamakan peluang kedua dan keadilan sosial.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa Amerika Syarikat telah menyerahkan kembali Mohammed Farik atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir atau Bashir Lep (Lillie).

Mereka ditahan di kem berkenaan sejak 2006 atas dakwaan terbabit dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda.

Pada 30 Ogos 2021, Mohammed Farik, 49, dan Mohammed Nazir, 47, dihadapkan ke Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo berhubung insiden pengeboman yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia, pada 2002.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi