Gaji baharu SSPA beri nafas lega, peluang penjawat awam miliki simpanan masa depan

PUTRAJAYA – Pelarasan gaji baharu mengikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), bukan hanya memberi kelegaan namun turut menggalakkan penjawat awam untuk mempunyai sedikit simpanan masa depan hasil daripada kenaikan gaji baharu itu.

Tinjauan The Malaysia Press di sekitar Putrajaya mendapati, rata-rata penjawat awam bersyukur dan lega kerana tidak salah memilih SSPA sebagai sistem saraan masa hadapan mereka selepas bertahun-tahun tidak menerima kenaikan gaji baharu mendadak, yang terakhir diumumkan kira-kira 11 tahun lalu.

Menurut seorang pembantu tadbir di Kementerian Kesihatan Malaysia, Noor Akmaliah, 44, yang sudah berkhidmat selama 21 tahun sebagai penjawat awam, kenaikan gaji tersebut sememangnya ditunggu-tunggu, lebih-lebih lagi buat dirinya yang mempunyai keluarga besar.

“Bagi saya yang dah lama jadi penjawat awam ini, ini berita yang sangat ditunggu, dah lama kita tidak mendapat kenaikan gaji jadi saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang mendengar suara hati rakyat, bolehlah kita tambah apa apa yang selama ini tidak cukup.

“Mungkin ada diantara kita yang nak bayar hutang atau nak tambah aset ke, macam saya suka beli emas untuk buat simpanan sendiri, nak bayar yuran tadika persekolahan anak yang agak mahal juga sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita The Malaysia Press.

Akmaliah berkata keputusannya untuk beralih kepada sistem saraan yang baharu, SSPA itu tidak sia-sia apabila manfaat yang diperoleh banyak menguntungkan penjawat awam sepertinya.

“Sepatutnya memang kita kena beralih kepada SSPA sebab sistem yang dahulu (Sistem Saraan Malaysia) kita masih berada di tangga gaji yang asal, rugilah apabila kerajaan dah buat kenaikan kadar gaji tetapi kita tidak ‘support’ (sokong), satu lagi kerugian apabila orang lain nikmati gaji baharu, takkan kita nak tengok gaji yang sama lagi kan,” katanya.

Turut sama berpuas hati dengan sistem SSPA itu, Hidayah, 41, yang merupakan seorang pegawai di Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, berkata, kenaikan kadar gaji baharu memberikan suntikan semangat buat dirinya untuk bekerja dengan lebih rajin dan ikhlas.

Hidayah (kiri)

“Secara keseluruhannya sangat-sangat berbaloi, SSPA ini bagi saya dia bukan setakat kenaikan gaji tetapi ada banyak lagi manfaat lain yang secara keseluruhan akan memberi keuntungan kepada kita sebagai penjawat awam.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif SSPA ini dan bagi diri saya, harapnya ia akan menjadi satu lagi anjakan paradigma kepada saya dan penjawat awam yang lain untuk bekerja dan berkhidmat dengan lebih ikhlas demi negara,” katanya ketika ditemui.

Menurut penjawat awam tersebut, kali terakhir kenaikan gaji mendadak dinikmatinya adalah kira-kira 15 tahun lalu iaitu semasa zaman pentadbiran Perdana Menteri kelima.

“Saya rasa sangat-sangat bersyukur dan gembira sebab kita tunggu kenaikan gaji itu yang mana kali terakhir diberikan adalah pada zaman Pak Lah dan sekarang dapat lagi pada zaman MADANI, saya rasa bersyukurlah dan berterima kasih kepada PMX atas inisiatif ini.

“Walaupun kenaikan atau lonjakan gaji itu tidaklah begitu signifikan tetapi ia cukup untuk kita tampung dari segi keperluan isi rumah, bukanlah untuk adakan satu kemahuan yang tinggi tetapi sedikit sebanyak membantu dari segi meringankan beban seisi rumah,” katanya.

Sementara itu menurut Filzah, 36, seorang penjawat awam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang turut berpuas hati dengan kenaikan kadar gaji baharu melalui SSPA, bagaimanapun berharap agar perkiraan kadar bayaran pencen juga dapat memberi manfaat kepada penjawat awam nanti.

“Terima kasih sebab naikkan gaji kami tapi kalau boleh sentiasalah kemas kini gaji penjawat awam sebab kalau dibandingkan dengan swasta, masih tidak setaraf tetapi berbaloi pilih SSPA sebab ada kenaikan itu cuma tunggulah bagaimana untuk pencen pula sebab masih belum ditentukan taraf pencen, penjawat awam yang berpencen masih berpencen tetapi belum diketahui bagaimana kadar pencen yang diberikan nanti.

“Walaupun gaji sudah naik, hiduplah macam biasa, jangan kita tambah lagi beban hutang asbab daripada keuntungan ini malah melalui SSPA, kerajaan mahu kita punyai simpanan masa depan yang mana masih belum terjangka apa yang akan terjadi,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, menurut Mastura yang telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai seorang penjawat awam berharap agar dengan adanya kenaikan kadar gaji baharu ini, tiada lagi kenaikan kos sara hidup dan harga barang secara mendadak selepas ini.

“Harapan saya dengan adanya kenaikan gaji itu, tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga makanan dan barangan sebab kebiasaannya, di mana apabila diuar-uarkan sahaja tentang kenaikan gaji itu, sudah pasti ada pihak yang sengaja mencari kesempatan di dalam kegembiraan orang lain,” ujarnya.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak