Gaji pertama SSPA: Kenaikan gaji sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam

KOTA KINABALU – Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini menerima kenaikan gaji pertama selepas pelarasan di bawah skim itu menyifatkannya sebagai suntikan semangat.

Seorang penjawat awam, Fadly Alippin, 42, berkata, kenaikan gaji itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka khsusnya dalam urusan kewangan.

“Setelah lama tiada kenaikan gaji, Alhamdullillah pada baru-baru ini kita punya belanjawan penjawat awam ada kenaikan gaji, saya secara peribadi saya gembira walaupun jumlah yang diberikan tidak begitu banyak.

“Tapi sekurang-kurangnya kita ada kenaikan memandangkan sudah lama kami tidak terima apa-apa kenaikan seperti ini.

“Saya sebagai penjawat awam berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab memberikan kami satu suntikan semangat iaitu kenaikan gaji untuk kami bekerja dengan lebih bersemangat,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press, pada Khamis.

Sementara itu, seorang lagi penjawat awam, Aires Ahin, 59, turut berpuas hati dan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Madani dengan kenaikan yang diberikan.

“Kami berpuas hati sebab ada kenaikan dan ia mencukupi, cukuplah untuk kami pencen ada kenaikan juga tu pencen berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Related Posts

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

KUALA LUMPUR – Laporan interim yang merangkumi hasil kajian dan cadangan penambahbaikan hala tuju strategik Kumpulan FELDA akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hujung bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan