Kedaulatan Pulau Batu Puteh: Keputusan Tun M umpama khianati rakyat

KOTA TINGGI – Penduduk di sekitar Pengerang di sini, menuntut pihak bertanggungjawab dalam keputusan berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh sebelum ini untuk disiasat dengan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, pendedahan dibuat baru-baru ini oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh (Petra Branca) yang diterbitkan pada 5 Disember lalu sememangnya mengejutkan.

Jelas beliau, laporan mendedahkan Kerajaan Malaysia pada 2018 membuat keputusan menarik semula permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah suatu yang tidak boleh diterima.

“Keputusan itu dibuat meskipun terdapat bukti-bukti baharu yang memperkukuhkan tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh.

“Sebagai ADUN bagi Tanjung Surat iaitu kawasan yang paling hampir dengan Pulau Batu Puteh, saya menzahirkan rasa penuh dukacita seluruh rakyat Pengerang dan kekesalan teramat mendalam.

“Kami anak jati Pengerang selama ini meletakkan harapan besar terhadap usaha mengembalikan kedaulatan Pulau Batu Puteh, namun ia telah dikhianati sewenang-wenangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih mendukacitakan kata beliau, keputusan besar itu telah dibuat secara bersendirian oleh seorang Perdana Menteri tanpa melalui proses perbincangan yang wajar dengan Jemaah Menteri terlebih dahulu.

“Beliau mengabaikan nasihat pakar perundangan dan fakta sejarah. Perjuangan membela dan mempertahankan kedaulatan Malaysia telah diakhiri dengan tindakan seorang Perdana Menteri yang menyerahkan negara ke tangan asing dengan sewenang-wenangnya.

“Dengan terlepasnya Pulau Batu Puteh, yang hilang dan terkorban bukan sekadar sebuah batuan, tetapi kedaulatan ibu pertiwi buat selama-lamanya,” katanya.

Justeru, Aznan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor menggesa Kerajaan Persekutuan ketika ini untuk memikul tanggungjawab moral dengan menyampaikan mesej jelas dimana ia merupakan suatu pengkhianatan ke atas kedaulatan negara yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Kami dengan sesungguhnya menggesa agar semua individu yang terlibat dalam keputusan tersebut dipertanggungjawabkan dan jika disyaki bersalah, mereka wajib dihadapkan ke muka pengadilan tanpa sebarang kompromi,” katanya.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026