Berpada-pada beri komen, takut melanggar undang-undang – Fahmi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menyiasat sejumlah kandungan media sosial yang didapati berunsur menghina Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Komunikasi.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ia termasuk kes membabitkan seorang individu yang memfitnah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang sudah pun meminta maaf.

“Saya ambil maklum yang individu itu secara khusus sudah memohon maaf dan saya harap ia menjadi pengajaran kepada beliau untuk tidak menohmah serta memfitnah tanpa asas kerana Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri ialah dua institusi penting dalam negara.

“Jika pihak berkuasa ingin mengambil tindakan, saya serahkan kepada mereka tapi kita akan terus pantau. Jika ada aduan daripada orang ramai, MCMC akan bertindak,” katanya ketika ditemui selepas menjadi jemputan pada program Podcast Edisi Khas Buletin TV3 pada Isnin.

Fahmi turut mengingatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan atau komen.

“Berpada-padalah, bersederhana dalam kita memberi komen kerana yang merisaukan jika komen ini melanggar undang-undang.

“Kita tidak mahu ada satu keadaan yang mana apa yang disampaikan itu tidak berasaskan fakta. Itu akan mendatangkan satu kemudaratan,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular seorang pengguna di aplikasi Tiktok mendakwa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri menikmati santapan tengah hari di sebuah restoran yang tidak halal.

Bagaimanapun video berkenaan sudah diturunkan dan pengguna itu juga turut membuat permohonan maaf atas kesilapan berkenaan.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026