Istana Pahang tidak akan keluarkan kenyataan terkait Titah Adendum

KUANTAN – Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan afidavit anaknya, Datuk Mohamad Nizar.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin berkata, perkara itu telah diperjelaskan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, keputusan itu diambil berdasarkan nasihat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pihaknya sebagai menghormati prosiding mahkamah.

“Saya selaku Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang telah menghadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah maklum berkenaan perkara ini.

“Berdasarkan nasihat Menteri Besar Pahang dan saya, serta bagi menghormati prosiding mahkamah, Istana Pahang tidak akan membuat sebarang kenyataan kerana ia boleh mengakibatkan subjudis terhadap kes rayuan yang sedang dibawa ke Mahkamah Rayuan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes rayuan berkaitan perkara itu sudah ditetapkan untuk pendengaran pada 6 Januari tahun hadapan.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital