Petra serah enam projek siap kepada Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyerahkan enam projek siap kepada Kerajaan Negeri Sabah di sini pada Sabtu.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, kesemua projek siap tersebut melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan bernilai RM65.5 juta.

Penyerahan membabitkan tiga projek tebatan banjir manakala masing-masing satu projek bagi pemuliharaan muara Sungai (Sg.) Tuaran, mencegah hakisan pantai di Tawau dan menaik taraf rumah pam di Likas.

Katanya, kesemua projek siap tersebut memberi manfaat penduduk setempat.

“Seramai 20,000 penduduk mendapat manfaat daripada pelaksanaan dan penyiapan tiga projek tebatan banjir ini, seluas 1403 hektar kawasan banjir dapat dikurangkan.

“Pelaksanaan projek pemuliharaan Sg. Tuaran di Kampung Tompinahaton, Kiulu pula berjaya mencegah risiko bencana runtuhan tebing sungai yang memberi perlindungan kepada harta benda awam termasuk balai raya, kawasan perkuburan serta 300 kediaman penduduk.

“Projek mencegah hakisan pantai di Kg. Mentadak Baru, Pulau Sebatik pula berjaya memberi perlindungan kepada hampir 1,000 penduduk serta kemudahan awam seperti klinik kesihatan, balai polis dan jeti daripada hakisan akibat pukulan ombak,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Petra kepada Kerajaan Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC).

Tambah beliau, projek pembinaan menaik taraf rumah pam di Likas dapat mengurangkan impak banjir di kawasan sekitar melalui peningkatan kecekapan kawalan banjir dengan tahap kesiapsiagaan operasi selama 24 jam dan tujuh hari seminggu.

Jelasnya, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kerajaan Persekutuan menerusi Petra telah meluluskan 82 projek dengan kos keseluruhan berjumlah RM8.5 bilion untuk negeri Sabah yang jumlah peruntukan semasa di bawah ‘Rolling Plan 4’ (RP4), RMK12 pada tahun 2024 adalah RM674.4 juta.

Katanya, selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah telah diperuntukan sebanyak RM116.77 juta untuk pelaksanaan 27 projek dalam ‘Rolling Plan 5’ (RP5) demi kesejahteraan dan peningkatan sosioekonomi rakyat Sabah.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

PEMILIHAN Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilihat bertepatan dengan keperluan memperkukuh kawalan pintu masuk negara, khususnya dalam membanteras kegiatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini