Projek Ternakan Tiram Kg Lentuong, Tuaran dapat perhatian Nurul Izzah

TUARAN – Projek penternakan tiram oleh Ketua Kampung Lentuong, Lakin Rajin mendapat perhatian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang seterusnya menzahirkan rasa kagum atas usaha gigihnya selama 37 tahun dalam menjayakan perusahaan tiram itu.

Menurut Izzah walaupun selalu ke Sabah, ini kali pertama beliau melihat projek penternakan tiram di sini.

Katanya, lawatan projek itu sempena rakaman ‘Apa Khabar Orang Kampung Akuakultur Tiram’ yang memberi inspirasi untuk memahami usaha serta keunikan pelbagai gaya hidup masyarakat di Malaysia.

“Saya terinspirasi terhadap Lakin dan keluarganya dalam meneruskan projek ini yang bukan sahaja menjana pendapatan lumayan malah turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

“Tiram juga berperanan sebagai penapis semula jadi laut dan usaha ini harus dipertingkatkan demi kelestarian khazanah laut kita

“Justeru itu, kepentingan kerjasama antara jabatan dan sokongan pihak berkuasa termasuk Jabatan Perikanan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Datuk Peto Galim turut ditekankan bagi meneliti keperluan masyarakat dan mengembangkan potensi ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui semasa lawatan tersebut di sini pada Sabtu.

Izzah turut berharap pengalaman itu dapat memberi inspirasi generasi muda untuk mencontohi kegigihan komuniti seperti Lakin dalam menjayakan projek-projek komuniti yang mampan.

Beliau juga menyeru sokongan semua pihak termasuk dari kawasan bandar bagi memastikan projek seperti ini terus berkembang dengan sokongan teknologi dan dana yang mencukupi.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok